Pentingkah Fundamental?

Beberapa kali saya menerima “message” bertanya untuk belajar tentang fundamental dan saya hanya menjawab saya tiada sebarang tauliah untuk mengajar; dan saya tiada menganjurkan sebarang kelas percuma mahupun berbayar. Bagi saya isu sama ada anda mahu memasukkan faktor fundamental dalam jadual harian trading anda, itu bergantung kepada personaliti individu itu sendiri.

Suatu ketika saya sangat prihatin tentang fundamental sehingga sanggup melanggan khidmat “news” dan belajar kelas berbayar lebih $300 sebulan untuk mendapatkan ilmu berkenaan fundamental. Hingga suatu masa, saya sedari bahawa faktor fundamental itu membantu kerja saya sebagai “sales trader” dalam menerangkan pergerakan pasaran kepada pelanggan. Namun, ianya tidak banyak membantu dalam dagangan saya sendiri.

Akhirnya saya simpulkan bahawa segala faktor fundamental, sentimen, berita, gossip dan apa juga maklumat tentang sesuatu saham, matawang, bon, ETF, komoditi atau apa juga kelas aset; akhirnya perlu diterjemahkan ke dalam bentuk “order”. Ya! semuanya terdapat dalam order. Sekiranya terdapat lebih order jualan dari belian, maka selalunya harga akan jatuh dan begitulah sebaliknya. Saya katakan selalunya, kerana adakalanya order jualan lebih dari belian tetapi dealer terus membida tinggi untuk “kill the order“.

Jadi kesimpulannnya, sebagai trader, cukup untuk memahami jenis order dan bagaimana memahami sekiranya pasaran akan lebih cenderung untuk naik atau turun. Antara contoh order yang boleh digunakan untuk “swing trader” ialah “commitment of traders”. Untuk “day trader” anda perlu dapatkan platform yang menawarkan “depth of markets”. Insya ALLAH dalam artikel yang akan datang saya cuba kupas topik ini.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;