Prospek “Lockdown” Kedua Rudumkan Minyak Mentah

Hari ini saya ambil peluang untuk ketepikan saham sekejap dan melihat pasaran komoditi minyak mentah. Asyik saham sahaja, bosan juga. Tak sedar dah hampir enam bulan sejak kali terakhir menulis fasal minyak mentah apabila harga merudum ke paras negatif dan menjahanamkan banyak akaun pelabur, termasuklah saya. Haha. Takpelah, yang penting tak tutup kedai.

Ketika ini dengan keadaan di Eropah dan Asia di mana kes korona kembali berleluasa, pasaran minyak mentah sedikit muram dengan prospek kemungkinan adanya “lockdown” kedua yang akan meluas; sekaligus merudumkan permintaan untuk minyak mentah. OPEC yang cuba mengurangkan produksi dan menstabilkan harga, nampaknya tidak begitu mendapat sambutan dari ahlinya, apabila baru-baru ini Arab Saudi membuat keputusan untuk menambahkan produksi buat sementara waktu.

Russia pula berkata bahawa sebarang rancangan untuk menstabilkan harga pasca 2020 masih terlalu awal dan lebih selesa untuk mengambil sikap tunggu dah lihat sehingga Disember. Jom kita lihat carta pula.

Melihat kepada carta 8 jam di atas, terdapat tekanan jualan sejak hujung Ogos sehingga awal September dan  kenaikan selepas itu hanya bersifat “short covering”. Sesi London dan New York hari ini juga muram apabila laporan simpanan minyak AS menunjukkan pengurangan yang lebih rendah dari jangkaan. Melihat kepada profil pasaran harian di bawah juga menunjukkan struktur “5 impulse wave” apabila harga merudum dari paras tertinggi $59.51 ke serendah $25.31.

Rancangan Dagangan

Saya melihat jualan adalah “valid” selagi mana paras $40.30/50 masih dalam kawalan “seller” dengan “stop loss” pada $42 dengan sasaran pertama pada $37 dan kedua pada $33.30

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;