Buka Minda Dengan Bertanya Pasaran

Trader sering bercerita tentang pentingnya menjaga disiplin dan mematuhi “trading plan”. Tetapi, walaupun ianya penting, trader juga perlu ingat adakalanya ia membuatkan kita terlalu taksub dan cuba memaksa pasaran mengikut kehendak kita; sedangkan traderlah yang perlu memberikan reaksi kepada apa yang sedang berlaku dalam pasaran. Apa yang anda perlu lakukan sebenarnya mudah sahaja. Anda perlu buka minda dengan bertanya kepada pasaran.

Kenapa bertanya kepada pasaran? Well, bertanya membolehkan anda melihat ke dalam perspektif pasaran yang berbeza; yang mungkin anda tidak sedar sedang berlaku dan perlu memberikan reaksi yang berbeza daripada apa yang anda sedang fikirkan. Sebagai contoh, anda mungkin membaca di trading view bahawa ramai trader sedang menjual emas. Malah laman web elliotwave forecast juga menyarankan jualan emas atas sebab “corrective wave”. Namun ketika itu, pasaran sedang berdepan dengan ketidaktentuan daripada pilihanraya umum Amerika Syarikat.

Apakah anda akan menjual emas? atau tunggu sehingga pilihanraya AS habis baru menjual, atau lebih baik membeli emas? Nah, bila bertanya kepada pasaran, tanyalah soalan “outside-the-box” dan bukan soalan mudah dan rawak seperti “pair apakah yang boleh saya trade hari ini?”. Maksudnya, tanyalah soalan seperti contoh yang diberikan, “apakah reaksi Dollar dan emas, dengan ketidaktentuan pilihanraya AS?”, “dengan berita kejayaan vaksin, apakah reaksi pasaran saham dan saham apakah yang akan terkesan?” Ya, begitu.

Sekiranya anda trader teknikal, bolehlah bertanya pasaran dengan melihat kepada “price action” terkini. Sebagai contoh, anda melihat USD/JPY terus menerus dalam trend menurun pada carta 4 jam. Anda bolehlah bertanya soalan seperti “adakah downtrend ini masih jelas di carta masa yang lebih besar? bagaimana price action di carta harian dan mingguan? apakah ia masih membuat lower low? apakah ia semakin hampir dengan paras sokongan?”

Sekiranya anda melihat USD/JPY sedang menghampiri paras major psikologi dan masih tertekan di bawah resistan utama, adalah lebih baik scalping dalam trend intraday daripada cuba berdagang swing 4 jam, kerana ianya sedang dalam consolidation dan anda tentu tidak mahu terperangkap dalam range terlalu lama! Praktis ini akan membuatkan anda menjadi pendengar pasaran yang lebih baik dan bukannya cuba memaksa pasaran mengikut kehendak anda.

Kebanyakan daripada maklumat untuk mencari trade idea yang baik sudahpun berada di depan mata kita. Cumanya emosi kita yang suka berada dalam situasi “in-control” menyebabkan ianya kabur. Belajarlah buka minda dengan bertanya kepada pasaran. Ya, ianya mungkin tidak saintifik, tetapi boleh membantu kita lebih terbuka kepada banyak kemungkinan. Kata orang Melayu, malu bertanya, sesat jalan. Jadi, bertanyalah.

 

Nota:

Artikel ini telah diterjemah dan diadaptasi daripada artikel asal berbahasa Inggeris Dr. Pipslow di BabyPips. Anda boleh membacanya di sini.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;