Pelajar Bunuh Diri Lepas Sangka Rugi $700,000

Kes ini sudah berlaku bulan Jun tahun lepas, apabila seorang pelajar dari Universiti Nebraska-Lincoln membunuh diri selepas menyangka beliau telah kerugian lebih $700,000 akibat dagangan opsyen atas saham. Alex Kearns ketika itu yang masih berumur 20 tahun telah membeli opsyen untuk menjual saham, dan kenaikan harga saham sepanjang musim panas tahun lepas, telah menyebabkan beliau kerugian.

Rugi tu biasalah kan, tapi dalam kes ini Robinhood telah menghantar emel mengatakan beliau telah kerugian lebih dari sepatutnya dan meminta Alex mendeposit lebih $170,000 untuk mengelakkan “margin call” dan kerugian lebih $730.000! Alex menghantar emel beberapa kali, namun tiada maklum balas jawapan, sekadar hanya menyatakan emel beliau telah diterima dan akan dibalas dalam masa sehari dua. Lantaran pening dengan apa yang berlaku dan menyangka beliau telah menghancurkan hidupnya, Alex pun membunuh diri…Sedihkan.

Alex Kearns: Berkaca Mata

Jadi hari ini, Isnin 8hb Februari 2021, selepas hampir lapan bulan; keluarga Alex mebuat keputusan untuk menyaman Robinhood atas kecuaian dalam memberi kelulusan berdagang opsyen yang tidak sepatutnya diberi. Dalam nota bunuh dirinya Alex menulis, (dalam bahasa Inggeris) “”How was a 20-year-old with no income able to get assigned almost $1 million worth of leverage?” Beliau menambah, “The puts I bought/sold should have cancelled out, too, but I also have no clue what I was doing now in hindsight. There was no intention to be assigned this much and take this much risk, and I only thought that I was risking the money that I actually owned. If you check the app, the margin investing option isn’t even ‘turned on’ for me. A painful lesson. F*** Robinhood.”

Kepada anda diluar sana yang mahu memulakan dagangan/pelaburan, janganlah sampai membunuh diri walaupun kerugian. Dalam kes Alex ini, kami percaya nyawa beliau berharga lebih dari $730,000. Sebelum berdagang atau melabur, eloklah dapatkan ilmu yang sewajarnya dan fahamkan dahulu segala terma dan teknikal dalam melabur. Jangan ambil semberono sahaja dan hanya tahu klik “buy” dan “sell”. Hadirilah seminar dari mereka yang bertauliah serta berpengalaman dalam bidang pelaburan. Suruhanjaya Sekuriti adalah tempat terbaik untuk membuat rujukan.

 

Nota:

Anda boleh baca artikel rujukan berbahasa Inggeris dengan lebih lanjut di sini.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;