5 Faktor Dalam Memilih “Scalping” & “Day Trading”

Kalau anda buat bancian ke atas trader-trader baru, kebanyakan mereka lebih menyukai “scalping” dan juga “day trading” bila berdagang matawang. Mengapa tidak? kerana berdagang dengan lebih cepat dengan banyak “setup” membolehkan anda menjana lebih keuntungan dan mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang lebih mengembirakan seperti hobi-hobi dan sukan. Tidak begitu?

Malangnya, realiti dagangan matawang tidaklah sebegitu. Berdagang dengan lebih cepat dan kerap, tidak semestinya berakhir dengan lebih keuntungan. Seperti memanah, markah tidak di kira atas berapa banyak anak panah yang anda telah lepaskan; tetapi kepada berapa banyak yang mengenai sasaran. “Short-term trading” seperti “scalping” dan “day trading” juga tidak bermakna anda tidak perlu membuat persediaan yang rapi dan hanya perlu masa yang sedikit untuk membuat persediaan.

Namun begitu, “short-term trading” boleh memberikan keuntungan yang berbaloi. Kuncinya adalah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan “scalping” dan “day trading” serta membuat jangkaan dan strategi yang sewajarnya. Sekiranya anda percaya bahawa “scalping” dan “day trading” adalah serasi untuk anda, cuba renungkan lima faktor berikut sebelum pergi lebih jauh:

1. Modal

Ramai trader-trader baru membuka akaun-akaun kecil dan berfikir mereka boleh menjana $25 kepada $100,000 dengan berdagang secara kecil-kecilan dan menguntungkan. Walaupun terdapat broker yang membolehkan anda membuka akaun sekecil $10, itu tidak bermaksud anda seharusnya berbuat begitu. Ingatlah bahawa “leverage” adalah umpama pedang dua mata. Ramai trader gagal bukanlah kerana mereka teruk, tetapi mereka tidak cukup modal dan tidak memahami tentang “leverage” dan “margin”.

2. Kos

Berdagang itu adalah suatu perniagaan dan dalam setiap perniagaan terdapat kos. Kos dagangan termasuklah “spreads”, komisyen dan cukai. Lebih banyak anda berdagang, lebih banyak “spreads” dan komisyen yang anda perlu bayar. Ini juga bermakna, anda perlu faktorkan perkara tersebut dalam sistem dagangan anda. Sekiranya sistem anda menjana 15 pips sehari dan kos dagangan adalah 1 hingga 3 pips, ini bermakna pulangan sebenar sistem tersebut hanyalah sekitar 12 ke 14 pips sahaja.

3. Penggerak Pasaran

Apa yang penting untuk pelabur jangka panjang mungkin hanya remeh bagi “scalper” dan “day trader”. Trend jangka panjang dan tema pasaran tidaklah begitu penting berbanding penggerak pasaran harian untuk “short-term trading”. Jadi ketahuilah, apakah yang menggerakkan pasaran untuk dagangan jangka pendek anda. Ianya mungkin berita ekonomi semasa, pergerakan pasaran bon dan komoditi, atau juga laporan kewangan pada hari itu.

4. Strategi

Setelah anda kenal pasti faktor penggerak pasaran, anda perlulah pilih strategi yang serasi untuk anda. Adakah anda lebih suka strategi “breakout” dari paras psikologi? Atau mungkin anda lebih suka berdagang “reversal” dan “momentum” harian? Indikator manakah yang memberikan signal yang lebih tepat? Anda perlu membina dan membuat latih-tubi dalam sistem dagangan yang serasi dengan personaliti anda.

5. Psikologi

Sebenarnya “short-term trading” memberikan cabaran psikologi yang lebih hebat berbanding dagangan dan pelaburan jangka panjang. Apa tidaknya, kerana anda perlu membuat keputusan untuk membeli dan menjual dalam masa yang singkat dan sekiranya anda adalah seorang yang berhati-hati dan lebih suka memahami sesuatu idea sebelum membuat keputusan, ianya tentu sulit untuk anda berjaya sebagai “day trader”.

Pastikan pengurusan risiko dan disiplin dagangan anda adalah kukuh sebelum melaburkan wang sebenar. Ini adalah kerana kebanyakan pelabur dan pedagang gagal, bukanlah kerana kurangnya modal atau pendidikan. Tetapi, ianya adalah kerana mereka menjangkakan mudahnya membuat wang dalam pasaran tanpa membuat sebarang persediaan yang sewajarnya. Tidak memahami “leverage” dan terdesak untuk menjana keuntungan adalah resipi untuk kegagalan.

Ingatlah bahawa berdagang itu adalah suatu perniagaan dan menjana untung yang konsisten perlukan masa, usaha dan kesabaran. Hanya setelah anda sedar semua ini, dengan izin Tuhan anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk meneruskan perniagaan anda setiap hari.


Nota:

Artikel ini telah diterjemah dan diadaptasi daripada artikel asal berbahasa Inggeris Dr. Pipslow di BabyPips. Anda boleh membacanya di sini.

 

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;