Beli Atau Sewa?

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya terlalu sibuk sehingga tidak dapat banyak meluangkan masa untuk menulis dalam Bahasa Melayu di sini. Dengan beban kerja dan pilihan untuk membeli kediaman di luar negara atau lebih baik terus menyewa, menyebabkan saya tidak berkesempatan berkongsi sedikit ilmu untuk anda semua. Apapun, dengan sedikit masa terluang ini, saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan pendapat anda tentang perkara ini.

Apa pendapat anda? Sekiranya telah lama melabur dan berdagang, anda kini mempunyai dana yang cukup untuk membeli sebuah kediaman di luar negara. Apakah anda akan membelinya atau akan terus menyewa sahaja? Agak sukar pada mulanya untuk saya membuat keputusan kerana terdapat banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum membuat komitmen yang besar sebegini. Membeli kediaman baru, tidaklah semudah berpindah ke rumah sewa yang baru.

Membeli kediaman baru, terutamanya di luar negara, melibatkan banyak kertas kerja. Di Amerika Syarikat ini, proses pembelian rupanya tidaklah semudah membeli rumah di Malaysia. Terlalu banyak pihak yang terlibat dan lebih banyak dokumen yang perlu dilengkapkan sebelum perjanjian dimeterai antara pembeli, penjual, bank dan ajen hartanah. Kadang-kadang rasa kecewa kerana proses yang rumit dan memakan masa, terutamanya apabila timbul sesuatu isu.

Menyewa pula, lebih mudah. Hanya perlu melawat rumah atau apartmen yang kita minat, dan sekiranya bersetuju hanya perlu meteai perjanjian sewa selama setahun dan membuat pembayaran deposit dan sewa yang sewajarnya. Dalam masa tidak kurang seminggu sudah boleh berpindah ke tempat baru. Membeli pula, sudah hampir sebulan masih belum meterai apa-apa perjanjian!

Kalau anda, bagaimana? Apakah anda akan membeli atau lebih baik menyewa sahaja?

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;