CIO Guggenheim Jangka Saham AS Merudum

(Bloomberg) — Pengerusi dan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Guggenheim Investment yang berpangkalan di New York, Scott Minerd, dalam satu temuramah bersama Bloomberg baru-baru ini, menyatakan bahawa beliau melihat pasaran saham Amerika Syarikat boleh merudum 15% atau lebih pada Oktober nanti. Beliau berkata “September dan Oktober tahun ini dijangka sukar untuk pelabur dan pasaran saham mungkin jatuh 15% atau lebih”. Menurut beliau lagi, proses pengurangan pembelian bon oleh Federal Reserve dan rebakan varian delta covid-19 adalah faktor risiko utama kejatuhan saham.

Scott Minerd juga menjangkakan pasaran krypto akan lebih mencabar dalam bulan-bulan yang akan datang. Beliau melihat kejatuhan Bitcoin (BTC) ke paras $15,000 dan mengatakan kebanyakan krypto ini adalah sampah yang berisiko tinggi. Sehingga Rabu, BTC didagangkan sekitar $31,700 hampir di paras terbawah untuk dua bulan lalu dan sudah jatuh lebih 50% dari paras tertinggi April. Beliau berkata “Ianya akan merudum lagi. Kejatuhan standard bagi bitcoin adalah 80% dan dengan pelbagai ketidaktentuan dan persaingan dari koin-koin yang baru, ia mempunyai banyak ruang untuk terus merudum.”

“Bilakah masa untuk membeli? Saya tidak fikir dalam masa terdekat.”, kata Scott Minerd. Menurut beliau prestasi buruk Bitcoin baru-baru ini adalah petanda awal untuk aset berisiko terutamanya saham. Untuk jangka panjang beliau melihat “ethereum” sebagai lebih berpotensi dari bitcoin. Beliau berkata, “kita bakal menghadapi musim yang sukar untuk aset berisiko, dan akan sampai masa yang lebih baik untuk memasuki pasaran berbanding hari ini.” Beliau menambah lagi bahawa pulangan bon masih boleh jatuh lebih 60 mata asas, sekiranya pasaran kembali memasuki fasa “risk-off”.


Nota:

Artikel ini telah diterjemah dan diadaptasi daripada artikel/video asal berbahasa Inggeris di Bloomberg.

Langganan dengan kadar diskaun untuk mendapatkan berita-berita pelaburan dan perniagaan yang lebih terkini dari sumber yang boleh dipercayai.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;