Kurangkan Kos Pelaburan Dengan DCA

Salam Sejahtera. Saya percaya ramai di luar sana yang pernah dengar tentang Dollar Cost Averaging (DCA). Satu strategi pelaburan yang digunakan untuk mengurus risiko perubahan naik turun harga. Secara umumnya pelaburan seperti saham, unit amanah, hartanah dan pelbagai lagi bentuk pelaburan akan meningkat naik harganya dalam jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya ia naik sejajar dengan kenaikan kadar inflasi semasa. Untuk itu, pelabur selalunya akan membeli sedikit unit ketika harga agak tinggi dan membeli lebih banyak pada harga rendah.

Di sini, ingin saya kongsikan pengalaman peribadi saya dalam hal ini dimana ia dapat membantu saya mengurangkan risiko kerugian dan lebih cepat pulang modal dan mudah-mudahan ada keuntungan. Untuk artikel ini, saya gunakan salah satu saham yang saya pegang sejak 2019 sebagai contoh – ACB.

Pada 24 Julai 2019 saya telah membeli 2 saham ACB pada harga $6.59 dengan kos keseluruhan $13.18

Ketika pasaran merudum angkara covid, harga jatuh terduduk sehingga $0.77 sahaja sesaham; saya telah membeli 10 unit lagi. Kos keseluruhan ketika itu berjumlah $20.88 (13.18 + 7.70), sekaligus menjadikan kos purata sesaham adalah $1.74 (20.88/12)

Tidak sampai sebulan selepas itu, ACB mengumumkan “reverse split” sebagai strategi untuk mengembalikan harga ke paras pematuhan bursa NASDAQ. Untuk pengetahuan anda, saham yang terapung di NASDAQ dan NYSE tidak boleh jatuh di bawah $1.00 selama 30 hari berturut-turut, melainkan selepas itu ia diberi masa selama enam bulan oleh bursa untuk kembali ke paras pematuhan sebelum ianya dinyah senaraikan.

Malang bagi saya, kerana “reverse split” itu menjadikan saya hanya memegang satu saham sahaja dengan kos sebanyak $20.88 sesaham. Dengan harga bulan Ogos ini yang terus merudum ke paras $6.50, saya kerugian atas kertas sebanyak $14.38 (20.88 – 6.50) dan saya perlukan harga untuk kembali ke paras $20.88 untuk pulang modal yang entah kan bila akan sampai ke situ!

Selasa 17 Ogos lalu, saya membuat keputusan untuk “average down” dengan hanya membeli satu saham sahaja. Kini saya memiliki dua saham ACB dengan kos purata $13.71 [(20.88 + 6.54)/2] sesaham.

 

Dengan kata lain, kini, tidak perlulah menunggu sehingga harga naik ke paras $20.88 untuk balik modal. Kata orang, biar untung sedikit dari rugi terus. Rugi sedikit lebih baik dari rugi banyak. Kalau untung banyak, itu lebih baik! Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;