Kenapa Anda Asyik Tak Untung?

Salam Sejahtera. Dalm artikel kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya dan saya percaya tentu ramai di luar sana yang menhadapi cabaran menjana keuntungan dari pelaburan mahupun dagangan. Jadi, saya fikir ada baiknya juga saya ceritakan sedikit bagaimana untung boleh menjadi rugi, rugi kemudian untung, atau hanya dapat untung sedikit. Memang benar rezeki telah TUHAN tetapkan, dan pada masa yang sama kita perlu berusaha ke arah rezeki itu. Untuk berusaha pula, kita perlu kan ilmu, kerana jika tiada ilmu, apa yang hendak di usahakan?

Kenapa anda asyik tidak untung? Atau lebih teruk lagi rugi? Kita tahu bahawa untung dan rugi itu terjadi hanya bila kita keluar dari pasaran atau dipaksa keluar dari pasaran kerana “margin call” ataupun “stop out”. Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah.

Pada November tahun lepas, saya telah membeli 200 saham syarikat Zomedica (ZOM) dengan harga $0.11/sesaham.

Kemudian sekitar Februari hingga Mac tahun ini, dalam masa lebih kurang tiga ke empat bulan, harga mencanak melebihi $2.50/sesaham. Dan hari ini, 1 September saya masih memegang 200 saham tersebut dan bertanya diri, mengapa saya tidak menjual saham tersebut ketika itu?!

Inilah yang banyak berlaku kepada ramai trader dan pelabur diluar sana. Bukannya mereka tidak untung, tetapi tidak tahu dimana mahu mengambil untung kerana kononnya mahu memaksimakan keuntungan. Yang akhirnya berakhir dengan hanya sedikit untung, atau lebih teruk rugi dan MC pulak! Penyelesaiannya mudah sahaja. Apa yang kita perlu lakukan, adalah dengan menetapkan “exit plan” sejak awal dan masukkan sasaran tersebut ke dalam terminal. Mudah sahaja bukan?

Tetapi yang mudah itulah yang paling payah untuk dilaksanakan. Apapun, jangan berputus-asa dan teruskan belajar dan berusaha sehingga berjaya. Kerana TUHAN tidak akan membalas, melainkan menurut apa yang kita usahakan.

 

Ikhlas.

Abdul Halim Jaffar.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;