Education Siri ke 5: Research dan Cara mudah memilih saham.

Pertamanya, ambil tahu saham yang pakar dalam bidang mereka. Kemudian akibat kegawatan ekonomi, harga sahamnya akan terjejas. Kita mula membeli  bila ekonomi semakin pulih.

Untuk kajian Boeing, kami gunakan maklumat-maklumat yang mudah didapati di internet. Kita tak perlu berjumpa dengan Pengerusi atau CEO syarikat.

Business utama Boeing adalah menjual (28%) dan menyelia atau service (27%) kapal terbang. Lagi 45% berkaitan dengan “defense”.

Business Boeing sangat berkait dengan industri penerbangan samada untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.

Boeing telah buat business ini bertahun-tahun lamanya dan business mereka terganggu ketika krisis ekonomi dan kemudian pulih sepenuhnya.

Itulah yang berlaku semasa recession pada 2002 dan 2008.

Sekitar 2019, Harga saham Boeing ikut terhempas bila kapal terbang yang dibuat oleh Boeing terhempas.

Harga boleh naik kembali bila masalah kapal terbang terhempas ini diselesaikan. Untuk pelabur jangka panjang, kejatuhan seperti ini seperti ini sebenarnya adalah peluang untuk membeli.

Kemudian wabak Covid-19 melanda, harga Boeing menjunam lagi.

Seramai 4.5 billion penumpang telah terbang pada 2019. Jumlah ini menurun kepada 1.8 billion pada 2020 dan menurut jangkaan 2.2 billion akan terbang pada tahun ini.

Ekonomi dunia sedang pulih dari kegawatan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Jumlah penumpang akan kembali ke angka 4.5 billion dan melebihi jumlah tersebut untuk pada masa akan datang

Harga saham Boeing, walaupun mungkin boleh jatuh lagi, ianya masih dibawah potensi sebenar.

 

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;