Delta Merebak Semula, China Kembali “Lockdown”

Berita terbaru dari China mengatakan virus covid-19 variasi Delta kini telah merebak di Ejin, wilayah utara China yang bersempadan dengan Mongolia. Sehari selepas amaran daripada Suruhanjaya Kesihatan Nasional, China memutuskan untuk menutup sempadan bersama Mongolia selepas lebih daripada 150 kes baru dilaporkan di wilayah tersebut. Ibu negara China, Beijing diberitakan telah mengharamkan sebarang kemasukan daripada kawasan yang terlibat.

Dalam pada itu, wilayah-wilayah yang masih dalam kawalan juga telah dilarang dari membenarkan sebarang rentas wilayah termasuklah untuk para pelancong. Semua perkhidmatan keretapi ke seluruh wilayah China telah diberhentikan buat sementara waktu untuk mengelakkan rebakan yang lebih teruk. Ini dijangka akan menyebabkan sentimen risiko yang pesimis dan pelabur besar kemungkinan akan mencari perlindungan dalam aset safe-haven.

Ketika artikel ini ditulis, pasaran Asia kelihatan masih menjual Yen dan membeli matawang lebih berisiko seperti Aussie dan Kiwi, walaupun Loonie yang terkait rapat dengan minyak mentah, lebih banyak dijual. Namun begitu, harga minyak mentah kelihatan masih stabil sebelum pasaran Eropah dibuka, didagangkan sekitar $84.50/bl.

 

Amaran Risiko:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;