Education Siri 8 – Bahaya Trade ikut Correlation tanpa memahami situasi semasa Part 1.

Yang berminat dengan pasaran kewangan ini, anda bertuah kerana dapat belajar disamping melihat contoh-contoh yang sedang berlaku.

Dua hari berturut-turut kita ada contoh yang baik berkaitan dengan Correlation.

Hari Khamis kita ada Strong dollar dan Strong Gold, biasanya terbalik.
Hari Jumaat kita ada Strong Data US NFP tapi US Yield Jatuh dan Gold kuat.

Kebiasaan Correlation – Interest Rate, Dollar dan Commodity.
Commodity dunia biasanya diperdagangkan dalam Dollar.
Bila Dollar kuat, Komoditi menjadi mahal, permintaan dunia berkurangan, harga komoditi jatuh.

Turun naik dollar tidak memberi kesan kepada Amerika.
Tetapi jika diukur menggunakan Global GDP, ekonomi yang menggunakan dollar ie Amerika hanya 25% berbanding ekonomi bukan menggunakan dollar, lebih kurang 75%.

Sebab itu turun naik Dollar beri kesan kepada komoditi.

Currency pula biasanya berkait dengan interest rates. Data ekonomi yg kuat, mungkin menyebabkan kenaikan inflasi, dan Central Bank biasanya menaikkan interest rates untuk mengawal inflasi.

Untuk short-term, dollar biasanya naik ikut interest rates, dan Gold biasanya jatuh ikut dollar.

Untuk long-term, kenaikan inflasi, jika tidak terkawal boleh melemahkan currency.

Strong NFP and Falling US Yield
Semalam data NFP sangat kuat dan menyokong kenaikan interest rates.
Biasanya bond yield akan bergerak keatas tetapi semalam Bond Yield jatuh.

Apakah yang sebenarnya terjadi?
Kami telah menulis tentang perkara ini semalam.

Pasaran jangkakan BOE akan menaikkan interest rates kerana inflasi yang tinggi.

Tetapi, Hari Khamis, Bank Of England mengekalkan interest rates, berbeza dengan jangkaan pasaran.

UK Yield jatuh banyak pada hari Khamis dan semalam.
Ada correlation diantara US Yield dan Europe serta UK Yield.

US Yield ikut jatuh bersama UK Yield.

Brexit 2.0
Tindakan BOE itu mungkin ada sebabnya yg tersendiri.
Kita tidak boleh menolak kemungkinan ia ada kena mengena dengan rundingan UK dengan European Union, EU.
Sudah ada news bahawa UK akan menggunakan article 16.

Bahasa mudahnya Kita mungkin ada BREXIT 2.0.
Ini kami ulas di part 2 nanti.

Pound Sterling dan Euro jatuh pada hari Khamis, mungkin disebabkan BOE dan Brexit 2.0 ini.

Sebab itu dollar index kuat pada hari Khamis. Semalam Pound Sterling dan Euro sudahpun rebound, mungkin ada perkembangan baik antara EU dan UK.

US Yield mungkin boleh berubah arah nanti untuk response kepada data NFP yang kuat itu.

Akan Datang, sebelum Isnin nanti.
Berikut beberapa perkara yang pasaran sedang hadamkan dan bakal kami kupas…
BOE kekalkan interest rate walaupun inflasi tinggi, Brexit Article 16,
Pfizer pill, End of Pandemic,
Strong NFP data, Infrastructure Bill.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;