Masanya Sudah Tiba?

Minggu lepas saya menulis tentang keadaan pelabur runcit yang panik apabila melihat akaun pelaburan mereka berkurangan dan akhirnya menutup dengan kerugian akibat dari pergerakan pasaran yang berubah secara tiba-tiba (baca disini). Sepanjang lebih 10 tahun karier saya sebagai “sales trader”, saya kira saya telah melihat lebih enam kali keadaan dimana pasaran berubah secara tiba-tiba yang selalunya berpunca dari manipulasi pasaran.

Ianya memang memilukan. Malah saya sendiri pernah kerugian besar dan terpaksa diberhentikan kerja kerana tidak berjaya mencapai sasaran prestasi tahunan. Ya. Begitulah adat dunia perniagaan dan pelaburan yang berdepan dengan risiko perubahan mendadak dan kerana itulah pelabur sentiasa perlu ingat untuk tidak meletakkan semua dana dalam satu akaun dan satu kelas aset.

Kerana apa yang berlaku, selalunya, ialah pasaran akan mengikut jangkaan anda tetapi anda sudah kehabisan modal untuk mengambil sebarang risiko. Sekiranya anda kerugian, cuba lihat prestasi JPMorgan untuk 6 bulan lepas:

Anda dapat saksikan rata-rata mereka kerugian dalam pelbagai sektor ekuiti dan kerugian di pasaran AS sahaja lebih 80%! Namun ini tidaklah bermakna ia akan bangkrap minggu depan; kerana itu bukanlah semua dana yang mereka ada.

Pengajaran

  1. Melabur hanya dengan dana yang jika hangus tidak akan merubah “lifestyle” anda. Jadi anda boleh tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
  2. Asingkan dana ke dalam beberapa akaun untuk objektif pelaburan dan toleransi risiko yang berbeza. Sekiranya akaun risiko tinggi anda hangus, anda masih ada akaun risiko sederhana dan rendah untuk diteruskan.
  3. Pastikan juga “portfolio mix” anda seimbang dan selari dengan objektif pelaburan dan keperluan kecairan anda. Sekiranya akaun tersebut adalah untuk persaraan, jangan keluarkan dana dari akaun tersebut sehingga anda bersara.

Saya harap artikel ini dapat menambah ilmu pelaburan dan dagangan anda. Semoga anda berjaya mencapai cita-cita dan impian yang diharapkan.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;