Dua Minggu UBS Flat…

Dua minggu sudah tiada menerima “trade recommendation” dari UBS untuk EUR/USD, GBP/USD, USD/CAD dan USD/JPY. Walaupun Citibank minggu ini ada menyarankan buy USD/CAD; tetapi tiada signal “buy” dari sistem dagangan UBS. Itulah realiti dalam dunia trader. Setiap trader mempunyai sistem dagangan yang berbeza dan memberikan signal yang berbeza pada setiap masa. Awal dulu saya pun “konfius” mengapa begitu?

Kemudian barulah saya faham bahawa mereka menggunakan sistem yang berbeza dan ianya juga bergantng kepada keperluan dagangan mereka. Walaupun ada “trading desk” yang menjana keuntungan dari spekulasi, namun sebagai bank, mereka juga mendapat permintaan dari pelanggan yang mempunyai urus niaga luar negara seperti import/eksport. Sekiranya pelanggan mahukan “leter of credit” atau “letter of guarantee” dalam Ringgit, maka mereka perlu membeli MYR dan menjual matawang lokal mengikut arahan pelanggan.

Sebagai trader runcit perlulah sentiasa bersabar dengan sistem dagangan pilihan anda. Sistem dagangan yang serasi dengan anda, mungkin bukan yang terbaik, tetapi ia adalah yang terbaik untuk anda. Selalulah juga ingat “investment horizon” dan objektif pelaburan anda. Sekiranya anda seorang pelabur jangka panjang untuk persaraan, maka tidak perlu tergesa-gesa untuk masuk pasaran tanpa sebarang sebab (bukan alasan) yang munasabah dan kukuh.

Akhir kata, syukur dan tahniah kepada anda yang bersabar dan berjaya mencapai TP dalam belian USD/CAD Citibank.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;