Bila Bank Besar Pun Rugi…

Minggu lepas ramai yang kerugian akibat jualan besar-besaran Dolar yang menyebabkan mereka yang membeli Dolar terpaksa “cutloss”; atau yang lebih teruk lagi menerima “margin call” dan kerana tidak sempat “top-up” modal atau tiada modal lagi, akhirnya terpaksa menerima “stop out”. Saya dan rakan-rakan dari JPMorgan dan Citibank adalah antara mereka yang kerugian; namun kami menerima kerugian itu sebagai adat dalam perniagaan.

Apa yang penting ialah sasaran tahunan masih dalam kawalan kerana itulah “bottom line” yang perlu dijaga. Kerana itulah ‘investment horizon” dan objektif pelaburan itu teramat penting. Sekiranya anda melabur kerana ingin mempunyai lebihan wang untuk melancung pada hujung tahun; tentulah tidak sama dengan mereka yang melabur untuk persaraan bukan? Atau mungkin anda melabur untuk pendidikan anak-anak? Semuanya ini berbeza objektifnya dan semestinya memerlukan pendekatan pelaburan yang berbeza.

Jadi sebelum anda mengorak langkah dengan lebih jauh, dengan meletakkan modal untuk melabur mahupun belajar dalam berdagang; ini adalah antara perkara asas yang perlu difikirkan. Atau untuk jalan mudah, anda boleh sahaja membeli “unit trust” atau ETF yang selari dengan objektif dan “investment horizon” anda. Itupun, anda masih perlu fikirkan keperluan “liquidity”, sama ada anda akan memerlukan wang tersebut untuk sebarang tujuan dalam masa terdekat.

Izinkan saya menulis dalam Bahasa Inggeris:

“At one point we work for money and at some point we have to let our money work for us. Nevertheless, making money to work for us is not as simple as it sounds. Unfortunately, these are the lessons that are not taught in middle school or even high school. Even in college, we learn how to work for others but not work for ourselves. Let alone to learn how to make money work for us!

It’s going to be sometime, before you can be where you want to be. So, be patient, keep on going and learn and try to earn at the same time. Believe in yourself and let life takes its course. At the end of the day, we are not here forever.”

Sekiranya anda memerlukan bantuan, hubungilah perancang kewangan yang bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya. Saya doakan anda berjaya mencapai impian dan dapat berjumpa anda di puncak kejayaan!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;