Dollar/Yen Jatuh, Emas Jatuh, Apa Jadi?

Hari ini mungkin ada yang tersenyum untung, mungkin ada yang muram kerugian. Apapun, yang penting kita faham mengapa kita untung dan mengapa kita rugi. Bak kata sifoo Razi dalam online webinarnya baru-baru ini; kalau kita tidak tahu apa masalah sebenarnya, manakan mungkin dapat kita selesaikan masalah tersebut. Sifoo Razi bagi contoh kereta tidak boleh berjalan kerana tayarnya robek dan perlu diganti, tetapi jika kita betulkan enjin, apakah kereta tersebut akan berjalan. Tentunya tidak!

Antara masalah pelabur dan pedagang yang kerugian ialah kerana terlalu banyaknya “open positions” atau istilah lainnya “overtrade” dan kebanyakan posisi tersebut adalah berkorelasi positif. Jadi sekiranya tersalah pilih arah, sudah tentunya apa yang berlaku adalah “margin call” dan seterusnya “stop out”. Sekiranya “hedging” dilakukan, mungkin kerugian masih terkawal; namun hari ini ramai yang masih kerugian walaupun melakukan “hedging”! Hari ini ramai penjual emas yang juga pembeli Dolar/Yen sedikit kecewa kerana “hedging” mereka gagal.

Ramai yang kebingungan kerana selalunya, apabila emas jatuh, maka Dollar/Yen akan mengukuh. Itulah yang selalu diperkatakan. Namun, ramai yang kurang perasan bahawa korelasi antara aset ini bersifat dinamik dan korelasi harian mungkin berbeza dengan korelasi mingguan mahupun bulanan. Dan yang lebih penting lagi yang perlu difahamkan ialah “apa yang selalunya berlaku, tidak semestinya wajib berlaku” kerana sifat perniagaan yang hanya berkebarangkalian dan bukannya satu kepastian.

Untung besar sudah tentu lebih baik dari untung kecil, tetapi untung kecil itu lebih baik dari kerugian, dan rugi kecil itu lebih baik dari rugi besar ataupun terus tutup kedai! Inilah yang perlu diserapkan dalam minda kerana adakalanya kita sayang hendak menutup “posts” kerana mahu lebih untung. Hakikatnya pasaran akan ada, dan kita akan ada hari esok untuk melabur dan berdagang selagi masih ada modal. Jadi jangan takut untuk mengambil untung atau mengurangkan kerugian sekiranya itu yang perlu dilakukan.

Ohh, seperkara lagi, kepada anda yang mengikuti jualan minyak mentah; saya telah pun menutup dagangan. Sekiranya anda mahu menunggu ianya mencapai sasaran, bolehlah menurunkan “stop loss” kepada $40.00

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;