Pilihanraya Oh Pilihanraya…

Semalaman tidak tidur kerana menanti keputusan pilihanraya. Walaupun tidak boleh mengundi kerana ianya pilihanraya Amerika Syarikat, ramai pelabur yang sanggup bersengkang mata semata-mata untuk mengikuti perkembangan keputusan pilihanraya ekonomi terbesar dunia itu. Pasaran yang turun naik tidak menentu kerana mengambil kira kebarangkalian keputusan akhir amatlah menarik untuk difahami.

Sebagai contoh, walaupun Bank Pusat Australia menurunkan kadar faedah ke paras terendah dalam sejarah, ianya tidak dipedulikan pasaran kerana kemenangan Demokrat membawa maksud hubungan yang lebih baik dengan China, rakan dagang terbesar Australia. Di saat Republikan mendahului, Dollar mengukuh dan logam berharga jatuh seketika untuk mengambil kira kebarangkalian kemenangan Republikan.

Begitulah fitrah pasaran. Sentiasa berubah-rubah mengambil kira sebarang faktor fundamental yang mempengaruhi harga aset dalam pasaran. Memanglah amat memenatkan untuk membaca semua berita dan kerana itulah sebagai pedagang dan pelabur, adalah lebih baik memberikan lebih fokus kepada faktor teknikal dan sentimen, terutamanya “order flow” sebelum membuat sebarang keputusan dagangan. Faktor fundamental, jadikanlah sebagai sampingan untuk bercerita dalam penulisan ataupun sembang-sembang santai.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi itulah hakikatnya; kerana sebagai pelabur/pedangan runcit kita tidak akan mampu untuk menghadam segala yang berlaku dalam pasaran sebelum membuat keputusan untuk membeli ataupun menjual. Kepada yang baru hendak mencuba-cuba dan belajar melabur atau berdagang, lebihkan fokus kepada analisa teknikal, sentimen, terlebih lagi “order flow” sebelum anda terjun ke dunia fundamental. Nantikan kedatangan Real Trader Academy tidak lama lagi untuk membantu anda mencapai kejayaan.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;